User:Norazlina70/sandbox

From Wikipedia, the free encyclopedia



Bendera Malaysia (edit | talk | history | protect | delete | links | watch | logs | views)[edit]

Semi-protection: High level of IP vandalism. Norazlina70 (talk) 03:52, 28 February 2014 (UTC)


BENDERA MALAYSIA[edit]

BENDERA MALAYSIA
Dato Sri Mohd Najib Tun Razak

Bendera Malaysia mengandungi 14 jalur merah dan putih (melintang) yang sama lebar bermula dengan jalur merah di sebelah atas dan berakhir dengan jalur putih di sebelah bawah, tanda keanggotaan yang sama dalam persekutuan 13 buah negeri - Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Pulau Pinang, Perak, Perlis, Sabah, Sarawak, Selangor dan Terengganu dan Kerajaan Persekutuan.

Bahagian yang berwarna biru tua di atas sebelah kiri membawa ke bawah hingga atas jalur merah yang kelima itu maknanya perpaduan rakyat Malaysia..[1] Bahagian biru tua itu mengandungi anak bulan tanda Agama Islam - agama rasmi Malaysia. Bintang pecah 14 itu tanda perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan. Warna kuning pada anak bulan dan bintang itu ialah warna Diraja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja.

KLCC
Bunga Kebangsaan (Bunga Raya)

Bendera merupakan lambang kepimpinan, simbol penghormatan, martabat dan kewarganegaraan bagi sebuah negara. Setiap negara mempunyai bendera yang tersendiri untuk mewujudkan perasaan bangga terhadap tanah air. Bendera ditakrifkan sebagai sebidang kain yang diperagakan bagi menunjukkan tanda dan lambang kewujudan yang juga dikenali sebagai panji dan obor. Bendera dalam budaya Melayu biasanya dikaitkan dengan kedudukan golongan Diraja yang memerintah.

Terdapat 14 jalur merah dan putih melintang yang sama lebar bermula dengan jalur merah di sebelah atas dan berakhir dengan jalur putih di sebelah bawah. Jalur-jalur ini menandakan keanggotaan 13 buah negeri dan sebuah Wilayah Persekutuan iaitu Kedah, Pahang, Kelantan, Johor, Perak, Perlis, Selangor, Negeri Sembilan, Terengganu, Sarawak, Pulau Pinang, Sabah, Melaka dan Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya).

Warna merah pada jalur membawa makna gagah berani dan warna putih pula membawa makna suci murni. Warna kuning yang digunakan pada bulan dan bintang adalah warna Diraja yang melambangkan Raja-Raja Melayu. Gabungan tiga warna utama iaitu merah, putih dan biru melambangkan setiakawan Persekutuan Tanah Melayu dan United Kingdom dan penyatuan Tanah Melayu dengan Negara-negara Komanwel.[1]

Sejarah Bendera Malaysia Pada 29 November 1949, Majlis Raja-Raja dengan kerjasama Majlis Perundangan Persekutuan telah mengadakan pertandingan peringkat kebangsaan untuk memilih reka bentuk bendera bagi kerajaan yang bakal dibentuk. Dalam pertandingan tersebut, ciptaan Encik Mohamad bin Hamzah (arkitek kerajaan Johor) dipilih sebagai pemenang.

Walau bagaimanapun reka bentuk bendera tersebut telah dibuat beberapa pindaan dan telah diperkenankan oleh Mesyuarat Majlis Raja-Raja pada 22 dan 23 Februari1950. Pada 19 April 1950, Majlis Perundangan Persekutuan telah meluluskan usul yang dibentangkan oleh Pemangku Ketua Setiausaha Negara. Reka bentuk bendera tersebut telah mendapat kelulusan King George VI pada 19 Mei 1950.

Sehubungan dengan itu, buat pertama kalinya Bendera Persekutuan Tanah Melayu telah dikibarkan di perkarangan Istana Sultan Selangor dengan dihadiri oleh DYMM Raja-Raja Melayu dan pegawai-pegawai King Goerge VI pada 26 Mei 1950. Selepas penubuhan Malaysia pada 16 September 1963,

Bendera Persekutuan Tanah Melayu telah diubahsuai sejajar dengan kemasukan Sarawak, Sabah dan Singapura ke dalam Persekutuan Tanah Melayu.

Walaupun Singapura keluar daripada Malaysia pada tahun 1965, namun Malaysia masih mengekalkan ciri-ciri benderanya. Setelah berkibar megah sejak 1950, pada malam 31 Ogos 1997, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad yang merupakan Perdana Menteri ketika itu telah mengukir satu lagi sejarah apabila beliau mengumumkan nama baru bagi Bendera Malaysia iaitu JALUR GEMILANG.


Jalur Gemilang
Bangunan Parliament

Susunan Keutamaan Bendera[edit]

Susunan keutamaan Bendera Malaysia dan negeri-negeri ditentukan mengikut susunan keutamaan DYMM Raja-Raja Melayu dan TYT Yang Di-Pertua Negeri seperti yang termaktub dalam Perkara 70, Perlembagaan Persekutuan. Sehubungan itu, susunan keutamaan bendera yang diguna pakai bagi tahun 2009 adalah seperti berikut:-

Malaysia
Total population
28,000,000
Regions with significant populations
 Kedah1,000,000
 Perak250,000
 Pulau Pinang300,000
 Pahang20,000
 Terengganu20,000
 Kelantan30,000
 Perlis40,000
 Negeri Sembilan25,000
 Melaka60,000
 Johor80,000
 Sabah300,000
 Sarawak300,000
 Selangor25,000
 Kuala Lumpur15,000
Languages
Bahasa Melayu
Religion
Malay, Chinese, Indian, Iban


  1. Malaysia
  2. Kedah
  3. Pahang
  4. Perak
  5. Terengganu
  6. Perlis
  7. Selangor
  8. Negeri Sembilan
  9. Johor
  10. Kelantan
  11. Sarawak
  12. Pulau Pinang
  13. Melaka
  14. Sabah
  15. Wilayah Persekutuan

Jalur Gemilang[edit]

Malaysia kita sudah berjaya,

Aman makmur bahagia

Malaysia abadi selamanya,

Berjaya dan berjaya!

Berbagai kaum sudah berikrar

Menjunjung cita-cita

Satu bangsa satu bahasa Malaysia berjaya!

Dari Perlis sampailah ke Sabah

Kita sudah merdeka Negara makmur rakyat mewah

Kita sudah berjaya!

Dengar semboyan kita berjaya

Gemuruh di angkasa

Satu bangsa satu negara

Malaysia berjaya!


English translations[edit][edit]

Our Malaysia has succeed

Peaceful and radiant

Malaysia forever shall you

live and achieve more success!

The people have pledged to strive

for the aspiration Of one people,

one language Successful Malaysia!

From Perlis to Sabah

We are now free A prosperous nation,

with affluent people

We have succeed!

With the bugle we sound our success

Shooting for the stars One people,

one nation Successful Malaysia!

LAMBANG NEGARA[edit]

Lambang Malaysia menunjukkan bintang pecah 14 menandakan 13 buah negeri yang terkandung dalam Persekutuan Malaysia, dan Kerajaan Persekutuan, manakala bintang bersama-sama anak bulan itu tanda Agama Islam - agama rasmi Malaysia. Lima bilah keris itu tanda Negeri-negeri Melayu yang Tiada Bersekutu dahulu (Johor, Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu).

Bahagian sebelah kiri perisai itu menandakan Negeri Pulau Pinang dan bahagian sebelah kanan dengan pokok Melaka itu Negeri Melaka. Kedua-dua buah negeri ini adalah sebahagian dari Negeri-negeri Selat dahulu. Dalam empat jalur yang sama besarnya dalam bahagian tengah itu, warna-warna hitam dan putih ialah warna Pahang, merah dan kuning warna Selangor, hitam, putih dan kuning warna negeri Perak, merah, hitam dan kuning warna Negeri Sembilan.

Empat buah negeri ini ialah Negeri-negeri Melayu Bersekutu yang asal. Tiga Bahagian di sebelah bawah itu menandakan Negeri Sabah di sebelah kiri dan Sarawak di sebelah kanan. Di tengah-tengahnya ialah Bunya Raya - Bunga Kebangsaan. Harimau-harimau yang di tunjukkan sebagai penumpang jata Negeri-negeri Melayu Bersekutu dahulu itu digunakan dalam Lambang Malaysia,

Cogan - Bersekutu Bertambah Mutu - ditulis dengan tulisan rumi di sebelah kiri dan tulisan jawi di sebelah kanan. Warna kuning pada awan-awan itu ialah warna Diraja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja.[2]

Memandangkan Malaysia adalah sebuah negara yang berdaulat, bendera hanya dikibarkan pada tempoh dan waktu yang tertentu sahaja untuk memupuk semangat kenegaraan supaya rakyat Malaysia berasa megah dan menghormati bendera mereka.


Jalur Gemilang by Tony Fonseka[edit]

Jalur Gemilang yang gagah perkasa

Merah putih kuning biru warnanya

Berkibar megah penuh bercahaya

Pusaka kita rakyat Malaysia

Jalur Gemilang oh benderaku

Kupertahankan sepenuh ragaku

Dikaulah lambang negara berpadu

Di bawah naungan Duli Tuanku

Berkibar terus oh benderaku

Kaukan kujunjung sepanjang waktu

Harumlah nama negara yang tercinta

Padamu tempat taat dan setia

Jalur Gemilang bendera kita

Kemegahan rakyat kita semua

Berkibar berkibar di ruang angkasa

Dirgahayu bendera tercinta.


Rujukan: