User:Wilayah Red Arrows

From Wikipedia, the free encyclopedia
Jump to: navigation, search

Contents

[edit] PERSATUAN MEMANAH RED ARROWS WILAYAH PERSEKUTUAN

Peneraju Sukan Memanah Malaysia


[edit] SEJARAH PENUBUHAN PERSATUAN

Bermulanya persatuan ini, adalah di stadium Angkatan Tentera, Jalan Padang Tembak, Kuala Lumpur. Disini adalah tempat pemanah-pemanah Angkatan Tentera berlatih setiap hari dari pagi sahingga ke petang termasuk hari cuti Am. Di samping pemanah pemanah Angkatan tentera ini terdapat juga beberapa pemanag orang awam turut menggunakan kemudahan yang disediakan. Bagi pemanah pemanah ATM yang telah bersara, mereka terus menggunakan kemudahan demi minat mereka dalam sukan memanah.Melihatkan minat yang begitu mendalam dan terdapat permintaan untuk menyediakan kemudahan yang lebih tersusun bagi pemanah orang awam, telah timbul satu cadangan untuk menubuhkan satu kelab memanah untuk Wilayah Persekutuan. Antara pemanah pemanah yang bersama menggerakan usaha untuk merealisasi penubuhan persatuan ini adalah En Maidin (Seorang pegawai dari The Pricewaterhouse,sekarang bergelar Datuk), En Zaharuddin (Haji) dan En Abdul Hamid bin Hasan (Haji). Atas usaha gigih individu individu ini, usaha penubuhan telah berjaya dengan terdaftarnya KELAB MEMANAH RED ARROWS WILAYAH PERSEKUTUAN diKementerian Pendaftar Pertubuhan Malaysia, pada bulan awal April, 1984. Nama ringkas WIRA yang terbentuk dari singkatan (Wilayah Red Arrows)telah diguna pakai untuk sebutan ringkas. Dengan persetujuan Kelab Memanah ATM, ahli-ahli WIRA dibenarkan berlatih bersama dengan pemanah ATM distadium ATM, Jalan Semarak, (Jalan Rifle Range, MINDEF). Penubuhan WIRA tealh diiktiraf oleh Persatuan Induk Memanah Malaysia, iaitu Persatuan Memahah Kebangsaa Memanah Malaysia, (NAAM) apabila WIRA diterima sebagai ahli gabungan NAAM


[edit] DARI KELAB KE PERSATUAN

Pada mesyuarat Agung Tahunan 1992, mesyuarat telah mencapai persetujuan kepada cadangan menukarkan nama Kelab Memanah Red Arrows Wilayah Persekurtan kepada PERSATUAN MEMANAH RED ARROWS WILAYAH PERSEKUTUAN. Pendaftaran pertukaran nama ini telah diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan Wilayah persekutuan pada 28hb Mei 1984 (No. Penfdaftaran 22/84 Wilayah Persekutuan).

Pada tahun 1988, pengurusan dan pentadbiran persatuan persatuan sukan di Malaysia telah dipindahkan dari Kementerian Pendaftar Pertubuhan Malaysia ke Pesururuhjaya Sukan Malaysia. Atas arahan Pesuruhjaya Sukan, WIRA telah mengubahsuai perlembagaan untuk menepati kehendak arahan semasa, dan setelah beberapakali diubahsuai, perlembagaan baru WIRA telah diterimapakai oleh Pesuruhjaya Sukan Malaysia hujung tahun 2009.


[edit] PADANG SASAR RASMI WIRA

Atas sebab sebab tertentu sehingga kini WIRA telah berpindah randah dari satu padang sasar ke padang sasar yang lain kerana tiada mempunyai padang sasar rasmi tersendiri.

1) Padang Stadium MINDEF

Persatuan WIRA semenjak di tubuhkan telah mendapatkan kerjasama dari ATM untuk menggunakan Stadium ATM di Jalan Padang Tembak, dari 28 Mei 1984 sahingga 1986 selama 3 tahun.

2) SR Lembah Keramat AU 5C/6

Pada pertenggahan tahun 1986, WIRA telah menggunakan padang Sekolah Rendah Lembah Keramat AU 5C/6 sebagai padang sasar sahingga sehingga tahun 1999. Penggunaaan kawasan ini dilakuakn atas dasar WIRA membuat sumbangan kepada pihak sekolah dengan sumbangan sebanyak RM100.00 setahun sebagai kos menyenggara padang. Satelah berlatih dipadang sekolah SR Lembah Keramat, kami diberitahu bahawa Pejabat Pendidikan Selangor tidak membenarkan padang sekolah tersebut disewa berpanjangan. Penghujung tahun 1999, Pejabat Pendidikan Daerah telah meinta WIRA untuk secara rasminya membayar sewaan setiap kali padang digunakan. Atas faktor kos, cadangan itu terpaksa ditolak. Sebagai rekod, ketika itu WIRA sedang melatih pemanah SUKMA Pertama.

3) Bangunan Serbaguna Jalan AU5

WIRA lagi sekali terpaksa mencari tempat latihan yang lain. Walaubagimanapun kami tidak putus harapan. Tumpuan Wira ketika itu pada satu kawasan lawan di Dewan Serbaguna, AU% yang selari dengan Jalan AU 5 . Luas kawasan itu ialah lebih kurang sepuloh meter lebar dan panjang anggaran seratus meter . Setelah mendapat kebenaran, ahli ahli WIRA telah menyinsing lengan untuk mebersihkan runmpur rumput yang ketika itu sangat tebal untuk diletakan target stand dan target buttress. Disini atlit SUKMA Pertama berlatih sabelum pergi bertanding SUKMA Pertama.

4) Padang Sasar MSNM Lembah Keramat

Tidak beberapa lama salepas itu, Majlis Sukan Negara Malaysia (MSNM) mencadangkan untuk mengujudkan satu padang sasar memanah di kawasan Lembah Keramat. Satu kawasan telah dikenalpasti tapi ianya berada di dalam kawasan Wilayah Persekutuan. Dengan bantuan dan sokongan Majlis Sukan Wilayah Persekutan, pemanah pemanah WIRA telah dibenarkan untuk menggunakan padang sasar tersebut.

Pada bulan Julai 2003 Komlpek Sukan Memanah itu mula diubahsuaikan. Padang itu di naikkan tarafnya dengan memasangkan saluran air didalam tanah yang mengelakkan padang tersebut dari dilanda oleh banjir apabila hujan lebat. Satelah saluran parit tersebut siap maka padang itu dinaikkan taraf dengan menanam rumput khas mengikut kesesuaiaan untuk padang memanah. Bangunan baru mula dibena. Sementara kesemua pembenaan dan menaikkkan taraf ke standardantarabangsa, WIRA terpaksa mencari tempat lain untuk ahli dan atlit SUKMA sahingga August 2007.

5) MS Bukit Indah, Ampang

En Tan Peng Loon telah berbincang dengan Pengarah SM Bukit Indah untuk mendapatkan kebenaran menggunakan kawasan sekolah. Di samping m,embayar sewa, WIRA juga dikehendakki oleh pihak sekolah untuk melatih pemanah pemanah sekolah. Namun begitu, perjanjian ini hanya bertahan selama enam bulan apabila pihak sekolah mengambil keputusan untuk mweniakkan kadar openyewaan. Tambahan pula, WIRA hanya dibenarkan untuk menggunakan kawasan tersebut hanya pada hari Sabtu dan Ahad. Wira dilarang untuk menggunakan nya pada haricutiama atau cuti sekolah.

6) Hutan Semak Bukit Indah, Ampang

WIRA kali ini bersetinggan dihutan semak dikawasan Bukit Indah. Kawasan ini sebenarnya telah dikenal pasti akan dimajukan sebgai kawansan taman rehat, namum pembangunannya masih belum dilaksanakan. Di sini pemanah pemanah WIRA terpaksa mengalami beberapa kesulitan. Ahli ahli terpaksa mengusung target stand dan target buttress setiapkali hendak membuat latihan. Adkalanya, peralatan ini disembunyikan di hutan berdekatan ini mengelakan peralatan kami dimusnahkan oleh orang yang tidak bertanggongjawab.

7) Padang Bola, berdekatan Logi Air

WIRA telah mengenal pasti sebuah kawasan berhampiran dengan logi air, Jalan 6/27A, dimana terdapat padang bola yang tidak digunakan lagi. Ianya kini penuh dengan semak-samun. Pokok telah tumbuh satinggi dua atau tiga meters. Padang ini terletak dibawah lima meters paras jalan raya. Satelah ditebas beberapa lorong untuk jarak 20, 30, 50, 60, 70 dan 90 meters untuk Target buttress dan target stands. Disebabkan banyak nyamok kami telah membakar ubat nyamok untuk mengelakkan kami diganggu oleh nyamuk. Satelah berlatih selama lapan bulan, kami dapati satu pagi hari Sabtu, semua enam-enam target buttress dan target stand telah ditimbus dengan tanah. Padang itu telah dirata untuk dijadikan padang bola. Tanah tersebut adalah kepunyaan oleh MSNM. MSNM telah meratakan tanah tersebut untuk membena satu komplek sukan bola-sepak. Dengan yang demikian WIRA tidak ada tempat untuk berlatih.

8) Komplek MSNM, Lembah Keramat

Dalam bulan August 2006, Komplek Sukan Memanah , Lembah Keramat telah diisytiharkan siap dan sebagai acara sulungnya, Pertandingan Memanah Asian GP 2006 telah dianjurkan. WIRA diarahkan untuk membuat permohonan rasmi untuk menggunakan padang sasar ini.

Bebrapa syarat telah dikenakan untuk kebenaran menggunakan padang ini. Oleh kerana tiada pilihan, Wira terpaksa bersetuju dengan syarat syarat ini. Antaranya ialah

1) Hanya dibenarkan menggunakan 5 lane sahaja.
2) Pelatih SUKMA dibenarkan berlatih setiap hari
3) Ahli dewasa dibenarkan menggunakan sasaran pada hari Sabtu dan Ahad sahaja.

Alhamdulillah, dengan adanya padang sasar yang lebih teratur, WIRA telah berjaya menambahbaikkan prestasi pemanah pemanah SUKMA. Walaubagaimanapun, pencarian WIRA untuk mendapatkan padang sasar rasmi yang tetap masih lagui beerterusan.



[edit] SENARAI AHLI JAWATANKUASA

PRESIDEN
ABDUL RAHMAN MOHD NUR
presiden@sasarjuara.com

TIMBALAN PRESIDEN
KHAIRUL FADLY BIN JAMALUDIN
timbalan@sasarjuara.com

SETIAUSAHA
MOHD FARID SHAMSUDIN
setiausaha@sasarjuara.com

BENDAHARI
HARVINDER SINGH A/L URPARTAP SINGH
bendahari@sasarjuara.com

AJK
PATRICK KOH HOCK SIONG
TAN LIAN WHYE
TAN PENG LOON
KAMARUDDIN ABDULLAH

[edit] KEJAYAAN KEJAYAAN PEMANAH PEMANAH WIRA

SUKAN WILAYAH PERSEKUTUAN (SWIP) 2009

PEMANAH TERBAIK LELAKI


[edit] SENARAI PEMANAH PEMANAH WIRA

== ALAMAT LAPANG SASAR MEMANAH ==
MSN AU2 Taman Keramat
54200 Kuala Lumpur


[edit] ALAMAT SURAT MENYURAT

BLOK A - 208
APARTMENT CASMARIA
JALAN SAMUDRA UTAMA
TAMAN SAMUDRA
68100 BATU CAVES


[edit] WEB RASMI

wira.org.my

Personal tools
Namespaces

Variants
Actions
Navigation
Interaction
Toolbox
Print/export