Jump to content

User:Zaty ain jaz

From Wikipedia, the free encyclopedia

FENOMENA GEMPA BUMI




GEMPA BUMI Gempa bumi ialah satu fenomena pergerakan permukaan bumi disebabkan oleh pergerakan yang mengejut di permukaan bumi yang berbatu. Gempa bumi ialah disebabkan oleh tenaga yang tersimpan dalam bumi iaitu dalam bentuk geseran batu yang tiba-tiba terlepas. Gempa bumi boleh diukur dengan menggunakan skala yang telah ditetapkan iaitu Skala Richter dan Skala Mercalli. Gempa bumi boleh menyebabkan gegaran yang kuat sehingga ke negara luar yang berdekatan dengan negara yang berlaku gempa bumi tersebut. Gempa bumi terbahagi kepada banyak jenis, antaranya ialah gempa bumi tektonik , gempa bumi vulkanik dan gempa bumi runtuhan. Gempa bumi tektonik berlaku disebabkan oleh pelepasan tenaga yang terhasil daripada geseran batuan yang memanjang sepanjang batuan sempadan plat tektonik. Tenaga yang terhasil juga dikenali sebagai kecacatan tektonik. Gempa bumi vulkanik pula merupakan gempa yang terjadi akibat letusan gunung berapi yang sangat kuat hingga menyebabkan berlaku getaran yang luar biasa. Gempa bumi vulkanik ini boleh menyebabkan berlakunya tsunami. Selain itu, terdapat juga gempa bumi runtuhan yang jarang berlaku. Gempa bumi ini terjadi kesan daripada berlakunya runtuhan pada muka bumi. Ianya hanya berlaku di kawasan batu kapur dan kawasan tempat tinggi. Banyak negara yang telah mengalami gempa bumi yang teruk sehingga berlaku kerosakan yang teruk dan mengorbankan banyak nyawa. Antara negara yang pernah mengalmi gempa bumi yang teruk ialah India, Indonesia, Jepun dan banyak lagi. Negara kita pernah dikejutkan dengan bencana alam iaitu tsunami yang berlaku pada 26 Disember 2004 yang disebabkan oleh gempa bumi yang berlaku di Lutan Hindi lepas pantai barat Acheh dan menyebabkan berlakunya ombak besar tsunami. Gempa ini menyebabkan banyak nyawa terkorban sehingga sekurang-kurangnya 182,000 orang yang telah maut. Pada 27 Mei 2006 gempa bumi tektonik telah berlaku di Yogyakarta selama 57 saat yang meragut lebih dari 650 nyawa. Gempa bumi tektonik kerap berlaku. Jepun turut mengalami gempa bumi tektonik ini iaitu pada 11 Mac 2011 di Sendai, Jepun yang disertai dengan tsunami mengakibatkan ratusan ribu penduduk Jepun mengalami rosak teruk. Banyak langkah yaang boleh dipraktikkan ketika dan selepas berlaku gempa bumi ini. Sekiranya seseorang itu berada di dalam bangunan semasa gempa bumi berlaku, cara untuk menyelamatkan diri adalah dengan duduk di dalam bangunan tersebut dan mencari tempat perlindungan yang boleh menghalang daripada terkena serpihan kaca dan batu bata. Cari ruang yang membolehkan udara masuk untuk bernafas dalm keadaan bangunan runtuh di sekeliling serta jauhkan dri daripada tingkap, rak buku, atau bahan-bahan yang boleh mencederakan. Selepas gempa bumi pula seseorang itu harus bertindak dengan memberi bantuan kecemasan kepada sesiapa yang memerlukan tetapi jangan cuba menggerakkan mangsa yang cedera parah kecuali mereka di dalam keadaan berbahaya. Selain itu, memeriksa kawasan sekeliling sekiranya berlaku kebakaran dan mematikan semua bekalan elektrik tetapi jangan menyentuh pendawaian elektrik yang terendam didalam air. Yang paling penting ialah menyelamatkan kanak-kanak yang mungkin mengalami trauma akibat gempa bumi tersebut. Di samping langkah-langkah tersebut, kita juga perlu peka dengan arahan dan amaran yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi supaya mengambil langkah berjaga-jaga. Ini supaya kita lebih bersedia dengan gempa yang akan berlaku dan dapat mengurangkan jumlah nyawa yang terkorban serta dapat menyelamatkan harta benda.