Jump to content

User:Imawad anayilrun/sandbox

From Wikipedia, the free encyclopedia

James Prescott Joule

Beliau telah mengkaji sifat haba dan telah mewujudkan hubungan sifat haba dengan kerja mekanikal. Beliau juga meletakkan asas bagi teori pemuliharaan tenaga, yang mempengaruhi Undang-Undang Termodinamik Pertama (The First Law of Thermodynamic[1]). Bahkan beliau juga turut merumuskan Undang-Undang Joule (Joule's Law) yang berkaitan dengan pemindahan tenaga.

Kehidupan Awal dan Pendidikan

James Prescott JouleEnglish Physicist, Mathematician and Brewer

James dilahirkan di Salford, Lancashire, Englasn pada 24 Disember 1818. Bapa kepada James, Benjamin Joule merupakan seorang pembuat bir yang kaya raya manakala ibunya, Alice Prescott. James hanya menjalankan aktiviti pembelajaran dirumah sahaja (homeschooling) disebabkan oleh faktor kesihatannya yang tidak memberangsangkan. Beliau belajar didalam bidang aritmetik dan geometri (arithmetic and geometry) di bawah bimbingan John Dalton di Manchester Literary and Philosophical Society. Kemudiannya, beliau diajar oleh seorang saintis dan pensyarah terkenal iaitu John Davies.

Pada usia lima belas tahun, beliau telah memulakan pekerjaan di kilang bir sebagai tambahan kepada proses pembelajarannya. James berasa sangat seronok semasa menjalankan eksperimen dalam bidang elektrik sehingga telah menyebabkan seorang gadis pembantu tidak menyedarkan diri.

Sumbangan dan Pencapaian

1837 - 1856 : James telah menguruskan kilang bir keluarganya. Beliau telah menjalankan eksperimen di makmal di rumahnya dan di kilang bir. Eksperimen pertama beliau telah melibatkan elektrik motor dengan tujuan untuk menggantikan enjin wap di kilang bir keluarga dengan enjin wap elektrik.

1840: Beliau telah menemuai "Undang-Undang Joule" (Joule's Law)[2].

1843: James menjalankan eksperimen menggunakan paddlewheel dan kalorimeter. Kemudian mengumumkan penemuannya mengenai jumlah kerja yang diperlukan untuk menghasilkan satu unit haba (setara mekanikal haba).

1845: "On The Mechanical Equivalent of Heat" merupakan kertas terkenalnya yang telah dikeluarkan untuk menerangkan hasil eksperimen yang dijalankan.

1852: Beliau bekerjasama dengan Lord Kelvin dalam perumusan skala mutlak suhu (Formulation of the absolute scale of temperature). Mereka berdua telah menemui kesan Joule-Thomson (Joule-Thomson Effect) yang menunjukkan bahawa apabila gas berkembang tanpa pengeluaran kerja, maka suhunya akan menurun. Konsep ini telah digunakan dalam teori penyejukan.

Seterusnya, beliau telah menjalankan penyelidikan yang mendalam dan meluas dalam bidang magnetostriction; sifat bahan feromagnetik yang menjadikkannya mengubah bentuk apabila terdedah kepada medan magnet. Pada tahun 1842, beliau juga merupakan saintis pertama yang mengenal pasti sifat tersebut semsa menjalankan eksperimen dengan menggunakan sampel nikel. Beliau juga dikreditkan dalam bidang pengiraan oertama kali halaju molekul gas (calculation the velocity of a gas molecule).

1850: Beliau dipilh oleh Royal Society of London.

1852: Beliau menerima Pingat Diraja untuk kertas kerjanya "On the Mechanical Equivalent of Heat"[3].

1870: Beliau dianugerahkan Pingat Copley yang berprestij dari Royal Society untuk penyelidikan eksperimennya mengenai teori dinamik haba (The Dynamical Theory of Heat). Beliau pernah berkhidmat sebagai presiden Persatuan Britidh untuk kemajuan Sains (British Association for the Advancement of Science).

https://www.lot-art.com/buy-now/On-the-Mechanical-Equivalent-of-Heat/78751b9206870325dc84a44ab8763c7b

Peribadi, Kehidupan dan Kematian

1847: Beliau berkahwin dengan Amelia Grimes. Mereka mempunyai dua orang anak lelaki dan seorang anak perempuan.

1854: Amelia dan dua orang anak lelakinya telah meninggal dunia.

James telah meninggal dunia pada 11 Oktober 1889 di Sale, Greater Manchester, England disebabkan oleh sakitnya yang terlalu lama pada usia 70 tahun.

  1. ^ "First Law of Thermodynamics".
  2. ^ "Joule's Law of Heating - Physics - Byju's".
  3. ^ "III. On the mechanical equivalent of heat - Journals".