Jump to content

User:Wiida/sandbox/Panggung Anniversari

From Wikipedia, the free encyclopedia

New article name goes here new article content ...

References

[edit]
[edit]


Latar Belakang Panggung Anniversari

Panggung Anniversari di Taman Tasik Perdana yang kini dikenali dengan nama Taman Botani Perdana merupakan satu pentas hiburan yang cukup bermakna kepada dunia hiburan Malaysia pada suatu ketika dahulu iaitu pada era 1970an dan awal 1980an di ibu kota Kuala Lumpur. Keadaan yang meriah dengan kunjungan beribu-ribu warga kota telah menjadikan Panggung ini sebagai Pentas Hiburan terkenal di Malaysia pada suatu ketika dahulu.

Bukan itu sahaja, Panggung Anniversari ini juga pernah menjadi destinasi pilihan wargakota untuk bersantai dan menikmati hiburan pada hujung minggu. Ia adalah satu-satunya pentas yang menawarkan persembahan hiburan percuma di ibu Negara pada era tahun 1970-an dan awal 1980-an . Yang lebih menariknya, Panggung Anniversari pernah melahirkan ramai bintang hiburan tempatan yang popular pada masa dahulu seperti Search, Ella and The Boys, Lefthanded, Wings, Sudirman, Hattan, Datuk DJ Dave, Hail Amir, Uji Rashid dan ramai lagi tatkala sedang memanjat tangga kejayaan mencipta nama di bidang hiburan. Segala titik peluh serta penglibatan artis-artis ini membuat persembahan di Panggung Anniversari telah menyerikan Panggung Anniversari sekaligus mencungkil bakat-bakat terpendam wargakota Kuala Lumpur pada waktu itu.

Pada tahun 2007, panggung ini telah ditutup daripada sebarang aktiviti, sekali gus menandakan bermulanya fasa baru kepada panggung yang telah berusia hampir 40 tahun itu. Ini adalah pengubahsuaian kali pertama ke atas Panggung Anniversari melibatkan kerja-kerja menaik taraf keseluruhan panggung agar menjadi lebih moden sejajar dengan keperluan dan peredaran masa bagi memberi nafas baru kepada panggung. Panggung Anniversari ini kemudian dibuka semula pada tahun 2010 dan dilengkapi dengan pemasangan kanopi (bumbung Teflon) melitupi dua pertiga daripada tempat duduk penonton bagi memastikan persembahan dapat dijalankan walaupun dalam keadaan hujan. Ianya turut dilengkapi sebuah Plaza yang mengandungi kafe, bilik orang kenamaan termasuk tandas, selain dihiasi landskap berciri tumbuhan di atas bumbung dan air, dua buah tandas awam, surau, bilik persalinan, bilik sedia tunggu, ruang cafeteria pentas, laluan pejalan kaki dan ruang letak kereta.

Walaubagaimanapun bagi memastikan keselesaan penonton Panggung Annivesari ini ditutup sekali lagi pada tahun 2014 bagi melaksanakan kerja-kerja pemasangan struktur kanopi tambahan dan penambahbaikan lantai dihadapan pentas dan kelengkapan sistem bunyi dan pencahayaan. Panggung Anniversari akan dibuka kepada para Penganjur Acara bermula pada tahun 2017.