Draft:Abdul Rahim Ghouse

From Wikipedia, the free encyclopedia

Dr Abdul Rahim Ghouse merupakan seorang ahli perniagaan dan ahli strategi Malaysia. Beliau merupakan pengasas Abrar Group bersama Wan Hasni Wan Sulaiman. Beliau pernah menjadi ahli UMNO dan telah dipilih menjadi Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Pulau Pinang sebelum berlakunya pergolakan dalaman parti yang berakhir dengan pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2 September 1998.

Abdul Rahim merupakan antara sosok utama di sebalik tabir yang menyusun strategi dan merangka pelan gerakan Reformasi yang menentang pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad di atas ketidakadilan dan korupsi yang dilakukan oleh beliau.

Kehidupan Awal[edit]

Dilahirkan pada 15 Januari 1961 di Permatang Pauh, Pulau Pinang. Bapanya, Ghouse Wan Chik merupakan seorang pembantu perubatan (MA) yang berkhidmat di Pulau Pinang.

Pendidikan Awal[edit]

Mendapat pendidikan peringkat awal menengah di Maktab Rendah Sains MARA Kota Bharu, Kelantan. Abdul Rahim kemudiannya menyambung pelajaran di University of Wales Institute of Science and Technology (UWIST) pada tahun 1983 dalam jurusan Polymer Chemistry & Technology.

Beliau kemudiannya berkelana ke Amerika Syarikat dan menghabiskan pengajian dalam bidang M.Sc Chemistry di Western Illinois University (WIU) pada tahun 1985.

Oleh kerana minat yang amar mendalam terhadap bidang sosiologi, beliau telah menyambung pelajaran beliau dalam bidang tersebut dan berjaya mendapatkan kelulusan M.A in Sociology pada tahun 1989 di Western Illinois University (WIU). Tidak hanya terhenti di situ, beliau juga telah berjaya menyiapkan tesis PhD. beliau dalam bidang sosiologi di Southern Illinois University (SIU) pada tahun 1993.

Aktivisme Pelajar[edit]

Sewaktu berada di alam universiti, Abdul Rahim telah dipilih sebagai Presiden bagi satu gerakan pelajar Islam Malaysia di Amerika Syarikat yang dipanggil Malaysia Islamic Study Group (MISG). Melalui gerakan ini beliau telah berjaya menjalinkan persahabatan dan mewujudkan rangkaian dengan gerakan pelajar antarabangsa lain yang turut bertapak di Amerika Syarikat.

Penglibatan Korporat[edit]

Abrar Group:[edit]

Abdul Rahim bersama-sama rakan kongsi beliau, Wan Hasni Wan Sulaiman, merupakan pengasas kepada Abrar Group yang merupakan kumpulan syarikat yang terlibat dalam hal ehwal kewangan Islam, pembinaan, pembangunan projek dan teknologi.

Muslim Community Cooperative Australia (MCCA):[edit]

Abdul Rahim merupakan Pengurus Besar MCCA dari tahun 2003 sehingga 2007. MCCA merupakan badan pelaburan yang berasaskan sistem kewangan islam untuk komuniti muslim di Australia. Sewaktu di bawah seliaan beliau, MCCA telah dianugerahkan Australia Business of The Year 2006 di bawah kategori Enterprise and Community Contribution.

Di dalam sebuah wawancara oleh Islamic Finance News, Abdul Rahim menyatakan antara kejayaan terbesar beliau sewaktu di MCCA adalah memulihkan prestasi perniagaan dan berkolaborasi secara efektif dengan pejabat hasil negeri. Beliau juga menyatakan pencapaian yang paling penting adalah apabila MCCA berjaya mendapatkan pelepasan cukai duti setem berganda melalui undang-undang daripada kerajaan negeri Victoria, Australia.

Selain itu, beliau juga telah menjadi peneraju dalam pembiayaan di luar kawalan kewangan melalui kerjasama dengan pemberi dana konvensional.

Selain itu, Abdul Rahim telah melancarkan Akaun Diskresi Pengurusan Etika Crescent, yang menggunakan saham yang dipilih menurut Shariah untuk Pasaran Saham Australia. Pencapaian ini menunjukkan kepakaran beliau dalam pengurusan kewangan dan inovasi dalam sektor kewangan Islam.

Kuwait FInance House (KFH):[edit]

Abdul Rahim telah dilantik menjadi Chief Executive Officer (CEO) kepada Kuwait Finance House Australia Pty Ltd sewaktu beliau bermastautin di Australia dari tahun 2008 sehingga 2010. Pelan induk dan keterlibatan beliau dari awal merupakan elemen penting yang menghubungkan KFH dengan rakan kongsi utama dalam pembangunan yang strategik dan progresif di Australia.

Penglibatan Professional[edit]

Abdul Rahim turut terlibat mengemudi agensi awam dan pernah dilantik sebagai Deputy Dean, Research Center International Islamic University Malaysia pada tahun 1994, Chairman of Institute for Strategic Studies Malaysia (1994-1998), Chairman of International Center of Media Studies Malaysia (1996-1998), Setiausaha Agung kepada National Asset Monitoring Committee Malaysia (1997-1998)

Penglibatan Politik[edit]

Abdul Rahim menjadi ahli UMNO pada tahun 1994. Beliau merupakan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Pulau Pinang yang kemudiannya dilantik sebagai Pengerusi Majlis Ekonomi Pemuda UMNO Malaysia.

Pada tahun 1998 ketika pergolakan dalaman UMNO berlaku di antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Tun Dr Mahathir Mohamad, Abdul Rahim telah dilucutkan semua jawatan di dalam parti dan dipecat daripada parti kerana beliau telah memberikan sokongan secara terbuka kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim pada ketika itu.

Ekoran daripada kejadian itu, beliau telah menyelamatkan diri ke Indonesia yang kemudiannya ke Australia dan berjaya mendapatkan suaka politik dan sokongan politik di sana.

Peristiwa 20 September 1998[edit]

Pada malam 20 September 1998, sebelum Datuk Seri Anwar Ibrahim ditahan polis, Abdul Rahim telah menerima panggilan telefon daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim yang telah mendapat informasi awal mengenai penahanan yang bakal dibuat pada malam tersebut dan telah memberikan amaran kepada Abdul Rahim agar tidak hadir ke program yang dianjurkan di rumahnya.

Datuk Seri Anwar Ibrahim juga telah mengarahkan Abdul Rahim menyelamatkan diri keluar dari Malaysia dan meneruskan kempen reformasi dari luar dan mendapatkan sokongan daripada pihak antarabangsa. Abdul Rahim kemudiannya melarikan diri ke Indonesia menggunakan bot.

Sewaktu berada di Indonesia, Abdul Rahim bersama-sama Saifuddin Nasution Ismail dan Ezam Mohd Nor telah berjaya menyusun gerakan reformasi daripada Indonesia dan telah berjaya mendapatkan sokongan padu daripada Presiden Indonesia pada ketika itu, B.J Habibie dan juga Presiden Filipina, Joseph Estrada, yang turut memberikan tekanan dan kritikan terhadap pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad. Pada masa itu tekanan pentadbiran dan kritikan terhadap ketua kerajaan dalam gagasan ASEAN ialah sesuatu yang jarang berlaku.

Free Anwar Campaign (FAC)[edit]

Ketika berada di Australia, Abdul Rahim telah mengasaskan gerakan Free Anwar Campaign (FAC).

FAC telah mendapat sambutan yang baik dari rakyat Malaysia yang kebanyakannya bermastatutin di luar negara. Antara yang menggerakkan FAC dari luar negara termasuklah Rafizi Ramli yang pada ketika itu berada di United Kingdom.

Oleh kerana media dan semua apparatus di Malaysia pada ketika itu dikawal sepenuhnya oleh kerajaan Malaysia, gerakan Reformasi dan FAC telah diaktifkan sepenuhnya melalui medium internet secara menyeluruh dan ia telah mempelopori media alternatif untuk menyampaikan maklumat. Ketika itu anggaran capaian blog dan website alternatif yang digunakan mencapai trafik harian hampir 100,000 pengunjung sehari.

Modul Proses Pemikiran dan Perlaksanaan[edit]

Pada Jun 2010, Abdul Rahim telah menyampaikan taklimat berkaitan dengan modul Proses Pemikiran dan Perlaksanaan yang telah direka oleh beliau melalui pelbagai sesi penglibatan bersama penyokong Pakatan Rakyat di Melbourne pada ketika itu.

Objektif module ini adalah untuk mewujudkan beberapa parameter pemikiran aktivisme dan menghasilkan maklumat yang berguna kepada generasi muda.

Memandangkan parti dan NGO pada waktu itu sudah mula menerima dan sedang menuju ke arah keterbukaan, modul ini diharap dapat membantu generasi muda untuk berfikiran dan mempunyai wawasan berpandukan beberapa parameter strategik dan perkembangan organisasi yang mampan.

Berbekalkan pengalaman pada era Reformasi, menganjurkan kempen Free Anwar Campaign dan PRU 12 termasuklah pengalaman amalan perniagaan yang baik, ia telah dikongsi melalui pembentangan modul ini.

Modul ini merangkumi beberapa perkara antaranya ialah Proses Pemikiran untuk Perlaksanaan, Pengendalian Program-program, Latihan Pre-Mortem sebelum menganjurkan program, cara membina mesej yang berkesan dan pelbagai lagi proses pemikiran dan perlaksanaan program.

Kehidupan Terkini[edit]

Abdul Rahim kini adalah seorang perundingan dan penasihat kepada beberapa buah syarikat di Malaysia dan juga aktif menjalankan sesi latihan kepimpinan dan komunikasi.

References[edit]

https://www.islamicfinancenews.com/dr-abdul-rahim-ghouse-muslim-community-cooperative-australia.html